Thursday, February 16, 2017

Cara tukar sim kad Celcom ke 4G

Assalamualaikum

Sesiapa yang masih guna sim kad Celcom 2G tu boleh tukar ke sim kad baru 4G untuk dapat capaian yang lebih baik. Perkhidmatan ini percuma dan caranya mudah saja:

1. Pergi mana-mana Celcom Blue Cube 
2. Ambil nombor giliran dan tunggu nombor dipanggil
3. Staf akan minta IC 
4. Pastikan nombor masih aktif, kalau tak kena pergi topup terus
5. Staf akan beri sim kad baru yang dah siap cutting untuk tiga jenis saiz: normal, mikro, nano

Sim kad dah siap cutting normal, mikro dan nano

6. Tunggu sim kad lama inactive (emergency calls), baru tukar sim kad baru

Sekian. 

5 comments:

  1. klau x tukar boleh x? anyone plis jwb

    ReplyDelete
  2. baik jangan tukar, SIM 4G tu makan duit caj data gprs dan kamu tiada kawalan ke atasnya. Saya menyesal telah tukar

    ReplyDelete
  3. Owh..saya baru tukar. Benarkah?

    ReplyDelete